Majlis Solat Hajat, bacaan yaasin dan doa selamat

Pada 12 april setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi setiap warga KETENGAH. Hari ini genaplah 44 tahun penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Majlis solat hajat, bacaan yassin dan doa selamat telah dijalankan bertempat di Masjid Sultan Mahmud Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

Majlis tersebut telah di mulakan dengan solat maghrib secara berjemaah dan dikuti dengan solat hajat, bacaan Yaasin, doa selamat dan ucapan daripada Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH serta Dato’ Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH. Majlis tersebut dihadiri oleh semua kakitangan KETENGAH, Anak Syarikat KETENGAH, Pesara KETENGAH, ketua – ketua agensi kerajaan dan penduduk tempatan.

Pada usia 44 tahun, KETENGAH sememangnya telah cukup matang dan telah berjaya menukarkan kawasan luar bandar yang dahulunya merupakan kawasan hutan belantara kepada kawasan penempatan yang selesa didiami.

Dengan Visi dan Misi yang jelas berdasarkan 8 teras utama dan 12 perancangan strategik, KETENGAH akan terus kehadapan demi membela nasib penduduk yang tinggal di wilayahnya dan akan terus merancang pembangunan selaras dengan misi YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu “Membandarkan Kawasan Luar Bandar”.

placeholder
Lawatan Pengarah Kastam Negeri Terengganu
placeholder
Program gotong royong santai Tasik Kenyir

Artikel Lain