Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena 46 Tahun KETENGAH

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah dijalankan pada 11 April 2019 bersamaan 5 Syaaban 1440H di semua lima perbandaran KETENGAH. Majlis ini diadakan bersempena sambutan 46 tahun penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). KETENGAH merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.

Lawatan Kerja TKSU (Dasar) KPLB
Karnival Usahawan Desa Zon Timur

Artikel Lain