Makmal Transformasi Pembangunan KETENGAH

Makmal Transformasi Pembangunan KETENGAH Bajet RMKe-11(RP1) Tahun 2016 telah berlangsung selama 3 hari 2 malam yang bermula pada 15 hingga 17 November 2015, bertempat di Marriott Hotel Putrajaya . Makmal ini telah disertai seramai 55 peserta yang terdiri daripada 18 Pengurus Bahagian dan Ketua Unit, 28 Penolong Pengurus termasuk Pegawai Bajet Bahagian, 4 Penolong Pegawai Tadbir Perbandaran dan 5 Ketua Unit di Unit Pengurusan Projek Wilayah KETENGAH (UPPWK). Majlis perasmian dan ucap tama bengkel telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH. Objektif Makmal ini adalah untuk memperincikan perancangan pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan untuk dilaksanakan bagi tahun 2016, meliputi subprojek, kos pelaksanaan, tatacara perolehan, kaedah pelaksanaan, timeline pelaksanaan dan unjuran fizikal serta belanjawan. Makmal ini juga akan memberi perhatian kepada isu-su yang boleh mempengaruhi kelewatan memulakan projek, halangan-halangan yang timbul semasa pelaksanaan dan juga kelewatan tuntutan bayaran. Sehubungan itu, dalam memastikan setiap projek yang telah diluluskan bagi tahun 2016 dilaksanakan dengan sempurna dan cemerlang, komitmen dan perhatian yang tinggi amatlah dituntut daripada Pengurus dan Pegawai-pegawai di setiap bahagian.

placeholder
Program KETENGAH Cakna Kampung (KCK)
placeholder
Kumpulan Taman Orkid Juara Kenyir Fishing Challenge 2015

Artikel Lain