Malam Gemilang KKLW 2014

Pada 20 Mac 2015, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) telah mengadakan satu Majlis Malam Gemilang KKLW 2014 bertempat di Hotel Palace Of The Golden Horses, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihadiri oleh pucuk pimpinan KKLW iaitu YB Datuk Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Afdal, Menteri KKLW. Sempena majlis tersebut, KETENGAH telah diberi pengiktirafan diatas penganugeran Koperasi 3K Berhad yang mendapat tempat keempat dalam Anugerah Koperasi Terbaik. Kumpulan Syarikat KETENGAH Holding Sdn. Bhd. pula menyumbang sebanyak RM 200,000.00 kepada Tabung Amanah Bakti Desa KKLW. Sumbangan ini telah diserahkan oleh Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH kepada YB Menteri KKLW.

placeholder
Kelab Keluarga KETENGAH Anjur Pertandingan Memancing
placeholder
Program Cakna Menteri KKLW

Artikel Lain