Melestarikan Inovasi Memartabatkan Transformasi

Hari Inovasi KETENGAH 2015 telah diadakan pada 21hb Disember 2015 bertempat di Balai Orang Ramai, Bandar AMBS. Majlis yang bertemakan “Melestarikan Inovasi Memartabatkan Transformasi’ itu telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Mohd Jamalludin bin Kasbi, Setiausaha Bahagian Kanan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Turut mengiringi ialah Pengurus Besar KETENGAH, Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Timbalan Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Omar bin Ismail dan Tuan Haji Che Zakaria bin Che Awang. Usaha yang dilakukan KETENGAH adalah selari dengan hasrat kerajaan dalam mengadakan Hari Inovasi pada setiap tahun dengan tujuan memberi pendedahan tentang pentingnya inovasi dalam mempertingkatkan pencapaian Perkhidmatan Awam dan pada masa yang sama menyarankan pembudayaan inovasi pada setiap peringkat termasuklah di kalangan golongan sasar KETENGAH sendiri. KETENGAH sentiasa cuba mengetengahkan sesuatu yang baru dalam inovasi dan sentiasa meneruskan budaya inovasi kerana dengan adanya inovasi, ianya dapat mempertingkatkan mutu kerja.

placeholder
Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah
placeholder
Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK)

Artikel Lain