Memartabatkan Seni Silat di Wilayah KETENGAH

28 Disember 2021- Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun.

Usaha memartabatkan silat sebagai seni warisan terutama dalam kalangan generasi muda mesti dilakukan secara berterusan supaya tidak pupus ditelan zaman. Fungsi silat bukan hanya sekadar memberi perlindungan dari aspek keselamatan tetapi dilihat dari konteks pembentukan kerohanian.

KETENGAH sentiasa menyokong dan bekerjasama dalam melahirkan pesilat terutamanya di dalam Wilayah KETENGAH.

Usaha murni yang dilakukan oleh Persatuan Seni Silat Jawi telah menerima pengiktirafan ke peringkat antarabangsa apabila adik Wan Nurul Iwani binti Wan Ahmad dan adik Nor Khalina Balqis binti Mohd Shahrizal mendapat tempat pertama kategori tempur silat puteri. Malah ramai lagi pelajar dari sekolah rendah dan menengah telah mengharumkan nama persatuan melalui pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan. Satu majlis meraikan Panglima Jawi telah diadakan dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Hadir sama Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial.

Bantuan Pasca Banjir di Negeri Pahang dan Selangor
Kursus Pemasaran Digital

Artikel Lain