Menteri KPLB turun padang

Pada 6 Ogos 2021 (Jumaat) YB Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar telah mengadakan lawatan ke KETENGAH. Beliau telah diberikan taklimat ringkas tentang program vaksinasi wilayah KETENGAH dan kemudiannya melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Felda Kerteh 3, Dungun Terengganu serta disusuli program sumbangan bakul makanan kepada wakil penduduk di Bandar Al Muktafi Billah Shah.

YB Datuk juga berkesempatan meninjau projek rumah contoh berkonsepkan pasang siap (IBS) sebanyak 4 unit yang telah siap dibina. Hadir sama YB Dato’ Rosol Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, YB Senator Datuk Razali Idris, Pengerusi KETENGAH dan YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

KETENGAH Ambik Cakne Lockdown 3.0
Penggiat Industri Pelancongan Tasik Kenyir Lengkap 2 Dos Vaksin COVID-19

Artikel Lain