MoU Di Antara KETENGAH Dengan UMT

28 September 2021- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) secara maya. Dengan termeterainya memorandum ini pelbagai aspek kerjasama yang meliputi skop pengukuhan akedemik, pelancongan, perkongsian sumber dan kepakaran, kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D), sokongan permohonan geran dalam R&D, pembangunan modal insan, latihan industri/mobiliti dan sangkutan, kerjasama penganjuran program, penerbitan bersama dan lain-lain aktiviti yang dipersetujui bersama dari semasa ke semasa dan relevan yang memberikan kepentingan kepada semua pihak.

MoU pihak KETENGAH telah ditandatangani oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH sambil disaksikan oleh YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH. Di pihak UMT pula MoU tersebut telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, Naib Canselor UMT dengan disaksikan oleh Prof. Dr. Marzuki bin Ismail, Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, UMT.

Majlis ini turut disaksikan oleh pengurusan tertinggi KETENGAH dan UMT.

 

Program Food Bank YaPEIM 3.0.
Tawaran Penyewaan Premis IKS Fasa 3 Bandar Ceneh Baharu

Artikel Lain