Muzium Sejarah Bukit Besi kini dibuka

KETENGAH dengan ini menjemput tuan/puan bersama seisi keluarga untuk berkunjung ke Muzium Bukit Besi yang akan dibuka secara umumnya pada 15 Oktober 2021.

Untuk makluman tuan/puan, waktu pengoperasian adalah sebagaimana berikut :-

Ahad hingga Khamis : 9.00 pagi – 4.30 petang
Jumaat : 9.00pagi–12.30 t/hari / 2.30 petang–4.30 petang
Sabtu : 9.00pagi–4.30 petang

Bagi tujuan promosi, bayaran masuk adalah percuma sehingga arahan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Adalah diingatkan tuan/puan memastikan seisi keluarga lengkap dos vaksin serta mematuhi SOP sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Semoga dengan kehadiran tuan/puan bersama keluarga dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di Wilayah KETENGAH.

 

Program Jom Senamrobik Virtual 2021 Sempena Hari Sukan Negara
Majlis Pra Perasmian Muzium Bukit Besi

Artikel Lain