NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA IBU PEJABAT LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH)

NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA IBU PEJABAT LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH)

Dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) ditutup sementara bermula 27 Oktober hingga 9 November 2020 selaras dengan Notis Perintah Penutupan Premis Bagi Kawalan Perebakan Penyakit Berjangkit daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu selepas dua (2) orang daripada kakitangan Ketengah disahkan positif Coronavirus 2019 (Covid-19).

Agensi akan mengambil tindakan dan langkah-langkah perlu selaras dengan arahan-arahan Kerajaan yang berkuatkuasa.

Seiring arahan penutupan, semua kakitangan di Ibu Pejabat sudah diarah untuk bekerja dari rumah bermula 27 Oktober 2020 bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dibuat secara menyeluruh serta memastikan premis pejabat adalah selamat untuk diduduki.

Sekian, terima kasih.

PENGURUS BESAR

lawatan kerja Pengerusi Ketengah ke tapak warisan sejarah Bandar Bukit Besi
Ketengah Prihatin

Artikel Lain