Pelancaran Sukarelawan Program Vaksinasi Penduduk Wilayah KETENGAH

22 Jun 2021- Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.

YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH bersama-sama YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH telah melancarkan Sukarelawan Program Vaksinasi Penduduk wilayah KETENGAH. Sukarelawan ini dikenali sebagai Stay Safe-KETENGAH Region (S-Reg) ditugaskan mengemaskini data dan laporan status pendaftaran vaksin penduduk Wilayah KETENGAH yang melibatkan daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. Pada majlis berkenaan penyerahan replika cek kepada wakil JPKK sebanyak RM18,000 untuk diagihkan kepada JPKK dalam wilayah.

Turut hadir pada majlis berkenaan Timbalan-Timbalan Pengurus Besar (KETENGAH), Tuan Haji Mohd Zaid bin Haji Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn. Bhd ,Tuan Haji Ghazali bin Sulaiman, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi dan wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Dungun.

source-6 source-7 source-8

Petugas Stay Safe-KETENGAH Region (S-Reg) Digerakkan Membantu Kelancaran Proses Vaksinasi Negara
Program Vaksinasi Wilayah KETENGAH

Artikel Lain

Menu
Font Resize
Contrast