Pemantauan dan Kawal Selia Anak Syarikat
Fungsi Bahagian:
- Mengesan dan menganalisa semua kemajuan projek yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di kawasan KETENGAH bagi memastikan matlamat pembangunan tercapai sebagaimana yang dikehendaki
- Mengesan dan menganalisa prestasi projek dan program Lembaga
- Menyelaras dengan syarikat-syarikat anak dan usahasama KETENGAH bagi menjaga kepentingan pelaburan KETENGAH di dalam syarikat-syarikat tersebut
- Mengumpul dan menyediakan maklumat berkaitan kegiatan, kedudukan kewangan dan prestasi syarikat-syarikat anak dan usahasama KETENGAH
- Menyediakan Laporan Tahunan Lembaga
- Mengumpul, menganalisa, menyimpan dan membekalkan maklumat-maklumat mengenai program-program KETENGAH sepertimana yang diperlukan
- Mengenal pasti dan menggalakkan pelabur-pelabur yang berpotensi untuk melabur di dalam kawasan KETENGAH serta menjalankan kerja-kerja galakan pelaburan melalui pameran dan seminar yang dianjurkan oleh kerajaan ataupun pihak swasta di dalam atau luar negeri
- Menilai semula projek-projek pelaburan di dalam kawasan KETENGAH selain daripada projek pelaburan dalam kawasan Tasik Kenyir





