Header Portal

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Karung Berkunci No 3, 23400, Al Muktafi Billah Shah

Tel: 09-8231000|Emel: ketengah@ketengah.gov.my

Pembangunan Usahawan

KETENGAH menyokong hasrat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk membentuk dan melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Luar Bandar yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

Lapan Fungsi Utama Program

Pelaksanaan program Pembangunan Usahawan KETENGAH dijalankan berdasarkan lapan fungsi utama berikut.

Tabung Pembiayaan Usahawan KETENGAH (TPUK)

Latihan, Kursus dan Bengkel Usahawan

Khidmat Nasihat dan Bimbingan

Promosi dan Pemasaran Produk

Pembangunan Produk

Projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI)

Industri Asas Tani (Ternakan dan Pertanian)

Pemantauan dan Penilaian Projek

Memorandum Persefahaman (MOU)

KETENGAH menjalin kerjasama strategik dengan agensi pembangunan rakyat bagi memperluas skop dan keberkesanan program keusahawanan.

MOU

KETENGAH – MARA – KEMAS

Pembangunan keusahawanan meliputi program bagi melahirkan usahawan baharu serta memaju dan membangunkan usahawan sedia ada melalui:

  • Mewujudkan peluang-peluang perniagaan
  • Pembiayaan modal dan program latihan
  • Pemasaran dan promosi produk
  • Premis perniagaan dan kemudahan perkilangan
  • Penjenamaan dan pelabelan produk
MOU

KETENGAH – RISDA

Pembangunan keusahawanan meliputi program bagi melahirkan usahawan baharu serta memaju dan membangunkan usahawan sedia ada melalui:

  • Mewujudkan peluang-peluang perniagaan
  • Pembiayaan modal dan program latihan
  • Pemasaran dan promosi produk
  • Premis perniagaan dan kemudahan perkilangan
  • Penjenamaan dan pelabelan produk
  • Perkongsian pengalaman dan ilmu dalam bidang ternakan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan memaksimumkan penggunaan sumber dan hasil

Projek Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

KETENGAH membimbing para usahawan di Wilayah KETENGAH dalam bidang Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menerusi tiga kategori utama berikut.

Kraftangan

Pembuatan Kraftangan

Pembuatan seramik dan perabot berasaskan rotan.

Makanan

Pembuatan Makanan

Pembuatan kek, roti, makanan ringan, sejuk beku dan makanan tradisional.

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Andaman pengantin, jahitan pakaian, telekomunikasi, baik pulih kenderaan dan sebagainya.

Projek Industri Asas Tani

Beberapa program Industri Asas Tani telah dilaksanakan KETENGAH untuk melahirkan usahawan asas tani yang berjaya dalam bidang pertanian.

Lokasi

Durian Mentangau

  • Tanaman Limau Kasturi
  • Tanaman Limau Nipis
  • Tanaman Kurma
  • Tanaman Lada Hitam
  • Tanaman Ceri Terengganu
Lokasi

Bandar Al Muktafi Billah Shah

  • Tanaman Jagung
  • Tanaman Durian Belanda
  • Tanaman Nangka
  • Tanaman Nenas
  • Tanaman Pisang
  • Projek Fertigasi
  • Projek Sayur-sayuran
  • Tanaman Lada Hitam

Menerusi program ini, peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat turut diwujudkan.

Projek Industri Ternakan Unggas

KETENGAH turut membangunkan Projek Industri Ternakan Unggas yang merangkumi lima projek utama berikut.

  • Puyuh Projek Ternakan Puyuh Pedaging di Bandar Seri Bandi
  • Puyuh Projek Penetasan Puyuh di Bandar Seri Bandi
  • Ayam Projek Ternakan Ayam Pedaging, Kampung Chemuak
  • Ayam Projek Ternakan Ayam Pedaging, Durian Mentangau
  • Walit Projek Perusahaan Rumah Burung Walit

Hubungi Kami

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
Tel: +609 8231000
Faks: +609 8223105

Statistik Pelawat

Hari Ini
231
Bulan Ini
17,166
Jumlah
3,962,046

Kemaskini: 30 September 2026

    © 2026 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah. Semua hak cipta terpelihara.