Pemuafakatan dalam komuniti

Ibarat kata peribahasa melayu “ Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat” “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Oleh hal demikian pihak KETENGAH telah mengadakan gotong royong program ameniti sosial wilayah KETENGAH tahun 2018 bertempat di kampung Batu 14 Kuala Tayor, Kemaman, Terengganu pada 11 Mac 2018. Pada kali ini KETENGAH bersama-sama penduduk kampung telah menyiapkan pagar kawasan balairaya kampung berkenaan. Program tersebut telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari.

Tanpa diduga, keprihatinan Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar, ADUN Air Putih terhadap penduduk yang mana beliau sendiri turun padang meninjau dan menyertai program berkenaan. Semasa ditanya beliau berkata “Program ini merupakan satu program komuniti yang cukup baik dengan penglibatan pengurusan KETENGAH bersama masyarakat demi mewujudkan komuniti yang bersatu padu”. Hadir sama pada program berkenaan YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), pegawai-pegawai kanan KETENGAH dan penduduk setempat.

placeholder
Kebersamaan dalam masyarakat dipupuk
Pengetahuan Kakitangan Dipertingkatkan

Artikel Lain