Pendapatan Penduduk dipertingkatkan

Projek Peningkatan Ekonomi Kampung (PPEK) merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam usaha membantu penduduk luar bandar meningkatkan pendapatan keluarga dan seterusnya menambahbaik pengurusan ekonomi kampung. Pada peringkat permulaan ini, seramai 20 orang peserta telah terlibat dalam projek ternakan ikan air tawar yang terdiri daripada jenis ikan tilapia dan patin. Alhamdullilah peserta kebanyakan golongan miskin dan B40 ini telah berjaya meraih pendapatan sampingan sebanyak RM600.00 sebulan.

Bertempat di Tapak Fertigasi Mega Kampung Pela, Dungun, Majlis Penuaian Ikan Projek
Peningkatan Ekonomi Kampung (PPEK ) Wilayah KETENGAH 2018 telah berlangsung dan dihadiri oleh YB Cikgu Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri merangkap ADUN Ajil.

Majlis yang diadakan pada 13 Januari 2018 ini, diserikan dengan pertandingan Memancing dimana YB Cikgu Ghazali bin Taib bersama sama isteri turut menyertai pertandingan yang dianjurkan ini. Sebanyak 2 kategori pertandingan telah dipertandingkan iaitu kategor ikan tilapia dan kategori ikan patin. Bagi kedua-dua kategori ikan tilapia dan patin, peserta dari RTM Terengganu telah menjuarai pertandingan yang dianjurkan ini.

Sebelum itu,YB Cikgu Ghazali juga telah menyempurnakan acara penuaian ikan dikolam ikan tapak fertigasi berkenaan. Hadir sama ke majlis ialah YM Tengku Ahmad Nazri bin Tg Musa, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), pengurusan kanan KETENGAH, pengerusi J3K Kg Pela, Kampung Lubuk Batu, Kampung Peroh, Kampung Durian Kassim dan Kampung Tok Dor serta penduduk setempat.

placeholder
Perutusan Pengerusi KETENGAH 2020
placeholder
Karnival Perasmian Mini RTC Tok Has, Besut

Artikel Lain