Penggiat Industri Pelancongan Tasik Kenyir Lengkap 2 Dos Vaksin COVID-19

12 Ogos 2021-Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Penggiat industri pelancongan Tasik Kenyir telah lengkap menerima dos kedua suntikan vaksin COVID-19 sempena Program PPV Outreach Tasik Kenyir pada hari ini. YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH turut ambik cakna melawat program berkenaan.  Beliau berkata kesemua penggiat pelancongan di tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia itu sudah melengkapkan dua dos vaksinasi. Sektor pelancongan di Tasik kenyir  akan dibuka kepada pengunjung bermula 1 September ini selepas hampir lima bulan ditutup akibat Covid-19.

“Semua pemain industri dan pelancong ke Tasik Kenyir diharapkan dapat mematuhi prosedur operasi standard(SOP) ditetapkan,”

“Kita juga akan melihat semula kesesuaian aktiviti yang disusun sempena Tahun Melawat Kenyir (TMK) 2021 dan bagi program yang tidak membabitkan kumpulan besar berkemungkinan akan diteruskan.

Dalam pada itu, Datuk Razali berkata, pihaknya akan mencari kaedah baharu untuk membantu penggiat pelancongan termasuk dengan menyediakan geran-geran tertentu kepada golongan sasar.

Hadir sama pada program berkenaan YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

vaksin2 vaksin134

Menteri KPLB turun padang
Program Penghayatan Kemerdekaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-64 Tahun 2021

Artikel Lain