Pengurusan Tertinggi KETENGAH memantau projek di Tasik Kenyir

Pada 8 Mei 2015, pihak pengurusan KETENGAH telah mengadakan lawatan ke projek-projek yang dilaksanakan di Tasik Kenyir. Diantara Projek yang dilawati ialah, Taman Burung, Taman Tropika, Taman Rama-Rama, Kenyir Nature Water Park yang terletak di Pulau Poh dan kawasan Pembangunan Zon Bebas Cukai, Pulau Bayas. Pengurus Besar KETENGAH, Dato Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, telah meluangkan masa bagi melihat sendiri perkembangan projek berkenaan. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Pengurus Besar Tuan Haji Che Zakaria bin Che Awang, Tuan Haji Omar bin Ismail dan Pengurus Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad serta Pengurus Khidmat Pengurusan, Encik Mahdi Amin bin Ahmad.

placeholder
Pencetus Ummah Penggerak Masyarakat
placeholder
Kayuhan Fun Ride

Artikel Lain