Penutupan Awal Santuari Kelah, Tasik Kenyir

Dimaklumkan bahawa Pengurusan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) telah
bersetuju untuk melaksanakan penutupan Santuari Kelah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu lebih
awal iaitu bermula 16 Oktober 2020 sehingga 28 Februari 2021.

Penutupan awal ini adalah disebabkan beberapa faktor keselamatan seperti berikut:

  1. Penurunan paras air yang drastik (136.93 meter) menyebabkan kesukaran laluan ke Santuari Kelah;
  2. Faktor cuaca yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi dijangka pre-monsoon melanda Pantai Timur bermula 15 Oktober 2020; dan
  3. Bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat.

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)

Sumbangan Dihulur Kurangkan Beban
Program Pelepasan Benih Udang

Artikel Lain