Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH

Saban tahun, Program sambutan Bulan Kemerdekaan Negara disambut bermula dari 16 Ogos hingga 16 September. Sambutan ini tidak lain adalah bertujuan menzahirkan kegembiraan, rasa bangga dan syukur atas kejayaan negara mencapai kemerdekaan yang dikecapi sehingga kini. Tema sambutan pada tahun ini Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih telah dipilih bagi menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama. 

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) amat komited dengan segala usaha bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dengan menganjurkan beberapa program dan acara. Pada 18 Ogos 2019 satu Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH 2019 telah dijalankan bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Beliau berkata “sama-samalah kita menjayakan Bulan Kemerdekaan ini dengan penuh rasa keinsafan dan kesedaran bahawa kita semua adalah bertanggungjawab dalam menentukan masa depan negara kita yang tercinta ini”. Pada majlis ini beliau telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua bahagian, pejabat perbandaran dan anak syarikat. Pelekat dan Jalur Gemilang turut diedarkan bagi kegunaan kenderaan-kenderaan jabatan.

Ibadat Korban & Akikah KETENGAH
Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2019

Artikel Lain