Perbarisan Hari Kemerdekaan

Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih merupakan tema sambutan kemerdakaan pada tahun ini. Saban tahun Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) akan turut menyertai Pertandingan Perbarisan Peringkat Negeri Terengganu yang bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan berakhir di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu. KETENGAH dengan kekuatan kontinjen seramai 35 orang mengenakan pakaian korporat biru merah bagi melambangkan kesetiaan kepada agama, bangsa dan negara. Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan turut berangkat menyaksikan sambutan dan berkenan menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan perarakan dan perbarisan.

Program Temu Mesra Bersama Masyarakat Wilayah KETENGAH
Jetski Terengganu Challenge

Artikel Lain