Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali 1/2020

14 Januari 2020 : Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali 1/2020

Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali 1/2020 telah berlangsung bertempat di Dewan Utama, Ibu Pejabat KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Himpunan yang menghimpun semua warga KETENGAH ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Zulkifli Mohamad Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Seri Wan Marzuki Haji Wan Sembok, Timbalan Pengerusi KETENGAH dan YBhg. Tuan Haji Zulkifli Ali, Ahli Jemaah Lembaga KETENGAH. Majlis dimulakan dengan bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam, bacaan doa dan ucapan aluan oleh YM Tengku Ahmad Nazdri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Majlis diteruskan dengan ucapan dari YBhg. Dato’ Haji Zulkifli Mohamad Pengerusi KETENGAH menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2020. Pada majlis yang sama disampaikan juga sumbangan kepada anak ahli Kelab keluarga KETENGAH yang cemerlang dalam peperiksaan PT3.

PENERAPAN BUDAYA BERSUKAN DI KALANGAN WARGA KETENGAH
Program Hari Bertemu Pelanggan.

Artikel Lain