Perhimpunan Bulanan KETENGAH

Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali ke 2 bagi tahun 2017 telah diadakan pada 27 Februari 2017 bertempat di Tingkat 3 Blok D Ibu Pejabat KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah. Perhimpunan yang menghimpunkan kesemua pegawai dan kakitangan KETENGAH ini merupakan salah satu medium penyampaian maklumat terkini jabatan kepada semua kakitangan. Dalam ucapan YBhg. Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH, beliau amat menekankan tentang aspek disiplin dan harus mengamalkan integriti dalam setiap tugasan yang telah diamanahkan.

Pada majlis tersebut seramai 3 orang kakitangan baru dan pelajar latihan industri turut memperkenalkan diri masing-masing. Hadir sama pada majlis ini adalah, pegawai dan kakitangan dari Unit Pengurusan Projek Wilayah KETENGAH (UPPWK) dan Ketengah Holding Sdn. Bhd.

placeholder
Program Riang Ria Keluarga KETENGAH
placeholder
Bengkel TN50

Artikel Lain