logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

Permukiman Syarikat Mengikut Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

30 Oktober 2024 (Rabu) bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, lima (5) agensi Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) terlibat dalam Permukiman Syarikat Mengikut Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi hari ke-2. Permukiman ini melibatkan syarikat milikan KETENGAH, KEJORA, KESEDAR, KEDA dan PERDA.

Permukiman ini bertujuan menilai status semasa syarikat anak supaya semua syarikat anak mencapai matlamat serta KPI yang ditetapkan.

Ketengah Holding Sdn. Bhd. adalah antara syarikat anak yang berjaya mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM53.8 juta setakat September 2024.

Mewakili YAB Menteri KKDW, YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri KKDW dalam rumusannya menyatakan antara faktor penyumbang kejayaan semua syarikat anak adalah kerana mengamalkan tata kelola yang baik, sebagaimana yang disarankan oleh YAB Menteri.