Perniagaan Cara Rasullulah

Bersempena dengan Program Bicara Perniagaan yang dianjurkan, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah turut mengadakan Program Bicara Ilmu sebagai salah satu pengisian acara sepanjang Program Bicara Perniagaan berlangsung. Bertempat di Masjid Sultan Mahmud Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Program Bicara Ilmu ini telah diadakan pada 28 Januari 2014 selepas solat Maghrib. Lebih 500 orang peserta telah menghadiri program ini yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shukri bin Ali, Mantan Pegawai Agama Istana Terengganu. Bersesuaian dengan Program Bicara Perniagaan yang diadakan dan juga Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah KETENGAH 1435H/2014M, ceramah Bicara Ilmu ini membawa tajuk ‘Perniagaan Cara Rasulullah’ yang mengupas isu cara menjalankan perniagaan yang betul dan juga menekankan Rasulullah SAW sebagai teladan yang terbaik dalam melaksanakan urusniaga.

placeholder
Perhimpunan Bulanan 1/2014
placeholder
Lawatan Kunjung Hormat Puspanita

Artikel Lain