Perutusan Pengerusi KETENGAH 2020

Perutusan Pengerusi KETENGAH 2020

Tahun 2020 kini telah tiba. Namun ramai merasakan masih banyak perkara perlu diselesaikan. Perjuangan yang belum selesai !

Dalam pada itu kita harus bersyukur kerana sebahagian tugas telah dapat dilaksanakan, sebahagian kerjasama telah diperolehi dan tidak kurang pula yang telah sedar betapa Dasar Kemakmuran Bersama 2030 (DKB2030) perlu didokong dan disokong.

Usaha murni Kerajaan Pakatan Harapan wajar dihayati dan difahami. Selaku Pengerusi KETENGAH, saya ingin menyeru agar warga dalam wilayah Terengganu Tengah turut sama menyertai pelaksanaan dasar-dasar yang terkandung di dalam DKB2030. Hasrat murni ini tidak lain untuk memastikan Wilayah KETENGAH tidak lagi hanyut dalam gelombang yang telah lama menghilang.

Biarlah Gelombang Biru berganti merah. Biarlah generasi baru memimpin dengan lebih mengerti dan beramanah. Biarlah KETENGAH setanding dengan perbandaran lain dalam erti kata yang sebenarnya. Bukan lagi dipimpin oleh mereka yang bermain dengan persepsi. Bukan lagi maklumat palsu penuh fitnah dijadi penunjuk arah.

Ayuh…..bangkitlah anak watan KETENGAH. InsyaALLAH usaha dan pengorbanan pasti dikenang meski ditelan zaman.
Akhirnya Alhamdulillah syukur telah ada mereka yang ingin berubah. Sama-sama gembleng usaha, menjernihkan yang masih keruh, membetulkan haluan yang terpesong akibat akalan sesetengah individu berkepentingan.

2020, Selamat Tahun Baru. Semoga ALLAH memberkati usaha.

placeholder
Jawatan Kosong KETENGAH
placeholder
Pendapatan Penduduk dipertingkatkan

Artikel Lain