Pesona Terengganu

Karnival Pesona Terengganu adalah satu transformasi Kerajaan Negeri dalam usaha mempromosikan sosioekonomi negeri menerusi pelancongan. Pelbagai pengisian disediakan menerusi lapan (8) segmen iaitu TTB, keusahawanan, pelancongan, pendidikan, pertanian, sumber manusia dan sukan. Majlis perasmiannya telah di sempurnakan oleh YAB Datuk Seri Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu pada 29 Oktober 2015. “kita membawa wajah Terengganu kepada masyarakat di negeri-negeri lain. Dalam masa yang sama kita akan mendedahkan perkembangan pembangunan di negeri ini dan perancangan masa depan dengan potensi yang ada”. Karnival Pesona Terengganu ini akan berlangsung bermula 29 oktober hingga 2 november 2015 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. KETENGAH turut serta pada karnival ini dengan menampilkan keindahan dan produk yang terdapat di Tasik Kenyir. Seramai 8 usahawan bimbingan KETENGAH juga turut dibawa bersama 100 orang usahawan Terengganu lain dalam mempromosikan produk keluaran mereka pada seluruh masyarakat di Negara ini.

placeholder
Majlis Sambutan Hari Inovasi KKLW Tahun 2015
placeholder
Kg Landas Tumpuan KETENGAH Cakna Kampung 2015

Artikel Lain