PPK Air Putih Penyelesaian Masalah Rakyat

Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah memperuntukkan kira kira RM 25 Juta bagi membangunkan Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Air Putih. Projek yang dikendalikan oleh KETENGAH ini akan menyelesaikan masalah rakyat akibat dari musibah banjir. Disamping itu projek ini akan menyediakan tempat tinggal yang selesa dan moden kepada mereka dengan dilengkapi kemudahan asas seterusnya dapat meningkatkan taraf kualiti hidup masyarakat luar bandar. Majlis pecah tanah projek berkenaan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Bin Cheek, pada 29 April 2018 bertempat di kampung Air Putih Kemaman. Komponen pembangunan projek terdiri daripada 200 lot teres, tadika, surau, kawasan permainan dan 6 unit lot kedai 2 tingkat.

KOLEJ KOMUNITI DUNGUN BAKAL BEROPERASI SEPTEMBER 2018
Bandar Baru Gawi Pelengkap Pembangunan Tasik Kenyir

Artikel Lain