Program Back To School 2018

Musim cuti persekolahan akhir tahun hampir tamat, maka setiap keluarga yang mempunyai anak-anak bersekolah masing-masing sedang sibuk menyediakan keperluan persekolahan. Sehubungan dengan itu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama DUN Bukit Besi, Pejabat Pelajaran Daerah Dungun dan J3K Kampung Dendang telah mengadakan satu Program Back To School 2018 pada 25 Disember 2017 bertempat di perkarangan Balairaya Kampung Dendang. Program ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga kurang berkemampuan dalam membuat persediaan setiap kali tibanya musim persekolahan baharu.

Sesungguhnya sikap keprihatinan kerajaan menyelami denyut nadi rakyat melalui program sebegini sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan mereka. Seramai 400 orang murid telah menerima bantuan berupa beg, buku dan alat tulis. Disamping itu, gunting rambut secara percuma juga ditawarkan kepada mereka. Seramai 10 orang tukang gunting yang sebahagian daripada mereka pernah mengikuti kursus gunting rambut anjuran KETENGAH telah menyertai program ini. Majlis penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, merangkap ADUN Bukit Besi. Hadir sama pada majlis tersebut Encik Mahdi Amin bin Ahmad Pengurus Kanan (Korporat) KETENGAH, Encik Abdul Mubin bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, pegawai-pegawai KETENGAH dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

placeholder
KKLW Gesa Segerakan Permohonan Dapatkan Keperluan Asas Kawasan Luar Bandar
placeholder
Kecil bagi kita, besar bagi mereka

Artikel Lain