Program Belia Keluarga Malaysia-KETENGAH Cakna Kampung Wilayah KETENGAH

11-12 November 2022-Hulu Dungun.
Program Belia Keluarga Malaysia-KETENGAH Cakna Kampung Wilayah KETENGAH merupakan program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh KETENGAH dalam usaha mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang sedia terjalin antara penduduk dengan agensi.

Kampung Pasir Raja, Dungun telah dipilih menjadi lokasi kelima penganjuran program berkenaan di daerah Dungun. Antara aktiviti sepanjang program berlangsung ialah program sukaneka, liga penalti belia dan beliawanis serta jamuan silaturahim belia.

Semangat kerjasama dan kemuafakatan dalam setiap acara yang dijalankan mencerminkan kemesraan komuniti kampung berkenaan. Pada 12 November 2022 program dimeriahkan lagi dengan hadiah cabutan bertuah kepada peserta program dan penduduk kampung.

Projek Pencahayaan di Kawasan Tarikan Tasik Kenyir
Majlis Apresiasi

Artikel Lain