PROGRAM DESA LESTARI-KPLB

Kampung Baharu Kemasik, Kemaman, Terengganu telah terpilih sebagai sebuah kampung Desa Lestari bagi menjalankan Projek Perkhidmatan Jentera Berat dan Pengkomersialan/Peladangan yang diusahakan oleh Koperasi Desa Perdana Kemasik Kemaman Berhad.
Manakala Kampung Telaga Batin telah dipilih bagi menjalankan Projek Fertigasi Timun dan Cili melalui Koperasi Rukun Tetangga Telaga Batin Terengganu Berhad. Hasil jualan yang memberansangkan dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat dan memenuhi permintaan timun dan cili di sekitar Kuala Nerus.
Untuk pembangunan projek ini, KETENGAH telah dilantik sebagai agensi pelaksana dalam menyelia pembangunan projek ini dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM1.9 juta di bawah Program Desa Lestari (PDL) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Pemilihan dua kampung/koperasi ini dijangka dapat mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan meningkatkan pendapatan serta memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Semoga terus maju jaya.
Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Bomba Sukarela
Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH Tahun 1443H/2021M.

Artikel Lain