Program gotong-royong di sekitar Santuari Kelah.

Satu program gotong-royong di sekitar Santuari Kelah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu telah dijalankan pada 22 Oktober 2020. Tujuan utama program ini diadakan sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh dan fenomena kepala air. Kini santuari kelah telah ditutup kepada orang ramai lebih awal ekoran air surut menyebabkan kesukaran bot untuk ke tempat pemulihan ikan kelah tersebut.

YB. Senator Dato’ Razali bin Idris, Pengerusi Ketengah turut serta dalam program ini. Beliau berkata pada tahun depan iaitu Tahun Melawat Kenyir 2021 (TMK2021), aspek keselamatan akan dititik beratkan dengan menempatkan pasukan keselamatan di sepanjang laluan dan menyediakan pemandu pelancong terlatih.

Sumbangan Tabung CSR Ketengah Holding
lawatan kerja Pengerusi Ketengah ke tapak warisan sejarah Bandar Bukit Besi

Artikel Lain