Program Gotong Royong Perdana anjuran bersama KETENGAH

11 Jun 2022 – Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun.
Program Gotong Royong Perdana anjuran bersama KETENGAH, Koperasi Bukit Besi Dungun BERHAD (KKBBDB), NGO Belia Daerah Dungun dan UiTM Cawangan Bukit Besi berjaya menghimpunkan 100 orang peserta. Mereka bersama-sama membersihkan kawasan rekreasi Tasik Puteri.

Kewujudan Tasik Puteri sememangnya diketahui ramai dan merupakan tempat wajib singgah bila berkunjung ke Bukit Besi. Sehubungan itu, penyerahan peralatan permainan air di bawah Program Pemerkasaan Komuniti Berdaya Saing (Komuniti Lestari) oleh KETENGAH kepada KKBBDB bertepatan bagi menarik lebih ramai pelancong bertandang dan merancakkan aktiviti pelancongan/rekreasi di kawasan tersebut selain melestarikan hubungan NGO dengan KETENGAH.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH kepada Encik Roslan bin Taib, Pengerusi KKBBDB. Turut hadir Encik Fairul Hisyam Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun.

Kursus Pasukan Cybertrooper KETENGAH Tahun 2022
Bengkel Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pusat Komuniti Desa (PKD) Negeri Terengganu Tahun 2022

Artikel Lain