Program Gotong Royong

Program Gotong Royong bertempat di RTC Terengganu telah berlangsung pada 4 September 2014 yang dihadiri oleh semua Pegawai dan kakitangan KETENGAH, Unit Pengurusan Projek Wilayah KETENGAH dan Ketengah Holding Sdn. Bhd. Tujuan utama program ini dijalankan ialah menjadikan Bandar Al Muktafi Billah Shah sentiasa bersih dan mengeratkan silatulrahim diantara mereka. Disamping itu, Pegawai dan Kakitangan KETENGAH yang bertugas Bandar Cheneh Baharu, Seri Bandi, Ketengah Jaya, Bukit Besi dan Pejabat Cawangan Tasik Kenyir juga dapat melihat sendiri perkembangan RTC Terengganu yang telah beroperasi sekarang, seterusnya memperomosi RTC Terengganu kepada Orang Ramai. Pengurus Besar KETENGAH Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud turut serta menyertai gotong royong ini.

placeholder
Pasar Komuniti RTC Terengganu kini beroperasi
placeholder
Program Pemantapan Ikrar Integriti Korporat

Artikel Lain