Program Jom Bantu Rakyat

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui KETENGAH dalam memperkasa dan meningkatkan pendapatan penduduk khususnya di kawasan luar bandar. Pada 15 Ogos 2017 telah berlangsung satu program Jom Bantu Rakyat Majlis Pelepasan Benih Anak Ikan Talapia dan Pengagihan Input Pertanian bertempat di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu. Pada majlis tersebut YBhg Dato’ Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH merangkap Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun telah turun padang melepaskan benih ikan tilapia dan menyampaikan sumbangan input pertanian kepada peserta yang terlibat.

Bagi projek ternakan ikan air tawar Kg, Pasir Raja, KETENGAH telah bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS). KETENGAH menyalurkan bantuan berupa benih anak ikan beserta makanan, manakala Jabatan Perikanan memberi sumbangan dari segi khidmat nasihat dan pemantauan berkala. Pengurusan teknikal di tapak kolam pula di uruskan oleh JPS.

Selain itu, pembahagian input pertanian berupa baja tanaman ini diharap dapat mengurangkan kos pembelanjaan seterusnya dapat meningkatkan hasil pengeluaran tanaman. Taklimat dan sesi khidmat nasihat akan diadakan sejurus selepas majlis penyampaian bantuan input pertanian kepada penerima bantuan berkaitan kaedah penjagaan tanaman/dusun oleh Jabatan Pertanian supaya input yang diberikan dapat digunakan sepenuhnya.

Hadir sama pada program tersebut, pegawai-pegawai kanan KETENGAH, Jabatan Perikanan dan Jabatan Pengaliran dan Saliran.

Kemahiran Belia di Wilayah KETENGAH terus diperkasa.
Kemahiran Ahli PUSPANITA dipelbagaikan

Artikel Lain