Program Jom Senamrobik Virtual 2021 Sempena Hari Sukan Negara

9 Oktober 2021- Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytihar pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober pada setiap tahun. Sambutan ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai Negara Bersukan (Sporting Nation). Sambutan kali ini diadakan secara hibrid dan fizikal (dengan pematuhan SOP) setelah mengambil kira situasi dan keadaan semasa negara.

KETENGAH turut menjayakan program sambutan ini dengan menganjurkan Program Senamrobik Virtual 2021 bertempat di Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun Terengganu. Antara tetamu yang hadir YBhg. Encik Mohamad Arif bin Arifin, Ahli Jemaah Lembaga KETENGAH; YBhg Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, Timbalan-timbalan Pengurus Besar KETENGAH, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH, UiTM Cawangan Bukit Besi dan pemimpin setempat. Acara dimulai pada jam 8.30 pagi turut diikuti oleh penduduk dan kakitangan secara virtual melalui aplikasi Live Facebook.

Tawaran Penyewaan Premis IKS Fasa 3 Bandar Ceneh Baharu
Muzium Sejarah Bukit Besi kini dibuka

Artikel Lain