Program Kayuhan Festival Kenyir 2014

Bagi memperhangatkan lagi promosi sempena Festival Kenyir 2014 yang bakal berlangsung bermula 29 April ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama KETENGAH telah menganjurkan Program Kayuhan Festival Kenyir 2014 yang disertai seramai 150 peserta terdiri daripada kakitangan KETENGAH, Kelab Berbasikal seluruh negeri dan wakil agensi jabatan serta institusi pengajian tinggi. Kayuhan sejauh 40 kilometer yang akan berakhir di Kuala Berang adalah juga merupakan acara pembukaan bagi mempromosi Festival Kenyir selain turut mengedar risalah berkaitan sepanjang perjalanan. Program telah disempurnakan pelepasannya oleh Dato Mohd Jidin Shafee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

placeholder
Peserta Pesta Candat Sotong Lawat Tasik Kenyir
placeholder
1 Ukhuwah 1 Misi 1 Organisasi

Artikel Lain