Program Kenduri Sekampung

3 Julai 2022
Dungun, Terengganu.
Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH telah merasmikan Program Kenduri Sekampung anjuran PIBG Sekolah Kebangsaan Kampung Shukur yang turut dihadiri oleh YB Roslee bin Daud, ADUN Bukit Besi, YM. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa ,Pengurus Besar KETENGAH dan Tuan Haji Kasman bin Embong ,Pegawai Pendidikan Daerah Dungun.

Penduduk bersama dengan PIBG sekolah berkenaan telah memasak secara bergotong royong dalam menyiapkan juadah makan tengah hari. Pada majlis yang sama turut disampaikan juga sumbangan bantuan kepada warga emas dan pesakit melarat.

 

Program Jamuan Keluarga Malaysia Komuniti KETENGAH
Kem Ahsan Syakinah Anak Muda dan Belia (As-Syabab) Program Bina Insan (PBI) Wilayah KETENGAH Tahun 2022

Artikel Lain