Program Kesedaran Kebersihan dan Pembuangan Sisa Pepejal & Kumbahan

Program Kesedaran Kebersihan dan Pembuangan Sisa Pepejal & Kumbahan kepada Operator Rumah Bot/Bot Laju Tasik Kenyir telah berlangsung bertempat di Lawit Lodge Tasik Kenyir. Program di bawah Local Agenda 21 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama KETENGAH telah dirasmikan oleh Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Turut hadir Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Ahli-ahli Majlis, Setiausaha dan kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Program disertai oleh 50 orang pengusaha bot dan 80 orang pensyarah dan pelajar Politeknik Daerah Hulu Terengganu.
Aktiviti gotong-royong turut melibatkan kawasan sekitar Tasik Kenyir. Program ini bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada pengusaha dan pelancong kepentingan kebersihan kualiti air di Tasik Kenyir, mewujudkan kerjasama antara pihak kerajaan, swasta dan masyarakat dalam pembangunan bandar, menyampaikan maklumat mengenai Undang-undang Alam Sekitar, menerapkan rasa tanggungjawab dan pemilikan kepada pengusaha terhadap kepentingan kebersihan dalam kualiti air serta keperluan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar bagi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.
Lawatan Kerja Ketua Setiausaha KPLB ke Terengganu
Jemba Teganu Kita

Artikel Lain