Program Kunjungan Balas Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)

24 Mac 2021-Tasik Kenyir.
Program Kunjungan Balas Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang diketuai oleh Profesor Dato’ Nor Aieni binti Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT telah berlangsung hari ini. Rombongan disambut oleh YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Ketengah. Semoga dengan kunjungan ini, pelbagai program kerjasama boleh dijalankan di antara Ketengah dan UMT seperti dalam bidang penyelidikan, pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar, pelancongan (Eco-Tourism, Rural- Tourism) rekreasi, keusahawanan, pensyarikatan dan lain-lain. UMT juga telah membina Stesen Penyelidikan Alami Kenyir (SPAK) di Tasik Kenyir yang akan dirasmikan pada tahun ini.

Program Ketengah Ambik Cakne Sumbangan Back To School
Ketengah Serah 120 Geran Hak Milik Rumah

Artikel Lain