Program Laluan Emas Mat Kilau Tahun 2022

Program Laluan Emas Mat Kilau Tahun 2022 yang disertai oleh 58 orang peserta daripada 8 buah negeri termasuk 15 orang wakil komuniti dalam wilayah KETENGAH dan 8 orang daripada Kelab Keluarga KETENGAH akan merentasi hutan belantara, gunung ganang dan menyelusuri sungai menggunakan Jejak Mat Kilau selama 5 hari 4 malam bermula 3 hingga 7 Jun 2022. Majlis Perasmian Program Laluan Emas Mat Kilau Tahun 2022 telah disempurnakan oleh YBrs. En. Che Zamri Che Lah, Pengurus Pelancongan mewakili Pengurus Besar KETENGAH.

Program ini bertujuan untuk memperingati jasa dan bakti Pahlawan Mat Kilau dalam memperjuangkan kemerdekaan negara yang kita cintai iaitu Malaysia.

Kursus Pengurusan Kewangan kepada usahawan
Kursus Pasukan Cybertrooper KETENGAH Tahun 2022

Artikel Lain