Program Mesra Rakyat

Bertempat di Dewan Orang Ramai Bandar Seri Bandi, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Program Mesra Rakyat Bandar Seri Bandi. Program yang diadakan pada 1 Mei 2018 ini bertujuan bagi mengeratkan lagi ukhuwah antara KETENGAH dengan penduduk setempat. Hubungan yang erat akan mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan dan kerjasama yang baik antara satu sama lain. Selain itu, ianya secara tidak langsung akan menyemarakkan lagi semangat kekitaan dikalangan masyarakat.

 

Dalam program yang sama juga, seramai 83 orang penduduk Bandar Seri Bandi telah menerima Suratan Hakmilik Tanah masing-masing. Selain itu, Pengerusi J3K Seberang Tayor Hilir dan Pengerusi J3K Seberang Tayor Hulu turut menerima bantuan input pertanian dan makanan ternakan iaitu baja dan benih jagung untuk peserta kampung masing-masing dimana seramai 30 orang peserta terlibat bagi kampung Seberang Tayor Hulu dan 22 orang peserta bagi kampung Seberang Tayor Hilir. Seorang lagi peserta Projek Tanaman Sayuran Kontan dari Kampung Seberang Tayor Hulu turut menerima bantuan berupa Pam Air. Pengerusi J3K Kampung Ibok pula menerima bantuan input berupa pemberian anak ayam kampung dan makanan bagi 8 orang peserta dikampungnya.

 

Selain itu, seramai 10 orang asnaf telah menerima sumbangan zakat masing-masing dari Yang Berbahagia Pengurus Besar KETENGAH. Program yang dihadiri oleh penduduk setempat ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek. Hadir sama pada majlis tersebut Yang Berbahagia Dato’ Seri Ahmad Said, pemimpin setempat serta pegawai dan kakitangan KETENGAH.

 

Jualan Sentuhan Rakyat
RM20 Juta diluluskan Kerajaan Bagi Menangani Masalah Rakyat

Artikel Lain