Program Minum Pagi bersama JKKK dan AJK Masjid

Program Minum Pagi Bersama JKKK dan AJK Masjid Bandar Al Muktafi Bilah Shah bersama Pengurusan Ketengah. Program ini telah diadakan di perkarangan Balora dan dihadiri oleh semua JKKK dan AJK Masjid Bandar AMBS. Program ini diadakan bagi menerangkan kepada mereka perancangan dan aktiviti yang dilakukan oleh KETENGAH sebagai salah satu agensi pembangunan luar bandar dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Dalam ucapan Pengurus Besar, beliau menekankan beberapa aspek, iaitu :- Pembangunan sekarang Pembangunan yang akan datang Kewujudan peluang pekerjaan Memperkasakan modal insan dan membasmi masalah sosial Beliau juga berharap JKKK dan AJK Masjid dapat bersama-sama KETENGAH dalam mengharungi arus perdana dan menerangkan kepada masyarakat tentang agenda pembangunan negara. Beliau meluangkan masa bagi mendengar rintihan daripada JKKK dan AJK Masjid dan berjanji akan mengatasi masalah yang timbul seberapa segera.

placeholder
Kejohanan PingPong Terbuka KETENGAH
placeholder
Lawatan MOSTI, PSKT dan UPEN ke Tasik Kenyir

Artikel Lain