Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2019

Bagi menyemai semangat cintakan negara dan kempen kibarkan Jalur Gemilang, pada 22 Ogos 2019 (Khamis) bertempat di Padang Astaka Kampung Pasir Gajah, Kemaman Terengganu satu Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2019 telah diadakan. Program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad, Pengerusi KETENGAH. Program ini merupakan acara tahunan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dan juga satu wadah bagi kita memperingati jasa pejuang-pejuang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara.

Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan acara senamrobik, kemudian diikuti dengan majlis penyerahan Jalur Gemilang. Persembahan sajak yang dideklimasikan oleh Encik Wan Rosli bin Wan Ngah bergandingan dengan Puan Nursyuhada binti Romli telah memukau hadirin dengan semangat yang ditonjolkan oleh keduanya. Persembahan pentomin dari pelajar Sekolah Kebangsaan Air Putih pula tidak kurang hebatnya yang mana telah mencuit hati penonton dengan telatah mereka yang bersahaja. Kumpulan ini telah dibimbing oleh cikgu Yusnita Faridah binti Mohd. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan pakaian beragam dari kanak-kanan Tadika KEMAS Kampung Pasir Gajah. Seramai 5 orang peserta PPRT telah terpilih untuk menerima “Mock Key” Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Majlis diakhiri dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada pemimpin masyarakat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). YBhg Dato’ juga berkesempatan meninjau penduduk yang sakit melarat dan menyerahkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mereka.

Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH
placeholder
Tawaran Penyertaan Projek Tanaman Cendawan

Artikel Lain