Program Penghayatan Maulidur Rasul

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan satu Program Penghayatan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH 1441H/2019M. Program yang dianjurkan setiap tahun ini  merupakan salah satu cara mendekatkan KETENGAH kepada masyarakat luar bandar. Penghayatan Maulidur Rasul juga bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW dan menguatkan semangat perpaduan serta mengeratkan silaturahim yang telah sedia terjalin.  YBhg. Dato’ Haji Zulkifli Mohamad, Pengerusi KETENGAH hadir dan merasmikan program tersebut. Pelbagai pengisian program telah diatur yang dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran surah At Taubah ayat 122-129. Hadirin kemudiannya disajikan dengan pengisian rohani melalui ceramah yang bertajuk “Memperkasakan Sunnah, Menolak Bida’ah” yang telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Engku Fadzil Engku Ali, Ketua Pegawai Operasi Sekolah Islam Hati Murni. Majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan daripada Kelab Kerabat Kebudayaan UiTM Kampus Bukit Besi bergabung dengan pelajar dari Kolej KETENGAH yang mempersembahkan sketsa Mahabbah Li Rasullilah dan lagu-lagu kerohanian. Pelajar dari Ribath As-Syinawi dari bandar Ketengah Jaya pula mempersembahan Zikir Sufi (Ar Rumi), Marhaban, Qasidah dan alunan Selawat. Seramai 57 pelajar yatim dari madrasah dan pondok dalam wilayah telah menerima sumbangan dari pihak KETENGAH.

Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Ke 3/2019
Program Berkhatan dan Bertindik

Artikel Lain