Program Perkhidmatan Bank Negara Malaysia

Pada 8hb Februari 2014, Mini RTC Tok Has, Besut telah mengadakan Program Perkhidmatan Bank Negara Malaysia. Melalui program seperti ini, orang ramai boleh mendapatkan kemudahan perkhidmatan secara percuma antaranya khidmat nasihat perbankan, insurans, pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana, jenayah Kewangan, pameran mata wang dan semakan laporan CCRIS. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad bin Sulaiman, SUB (Bahagian Pengupayaan Komuniti Dan Infodesa) KKLW. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Datin Arlina binti Ariff, Pengarah BNM, Tuan Haji Wan Abdul Rahman bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH dan Encik Che Wan Ahmad bin Wan Embong selaku Pengerusi Mini RTC Tok Has, Besut. Antara acara lain yang turut diadakan sepanjang program tersebut ialah Cabutan Bertuah, Sukaneka, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Gubahan.

placeholder
Kursus Pemantauan Projek Unit Naziran ( Flying Squad ) KETENGAH
placeholder
Kunjungan JKSSNB

Artikel Lain