Program Temu Mesra Bersama Masyarakat Wilayah KETENGAH

Pada 29 hingga 30 Ogos 2019, telah berlangsung satu Program Temu Mesra Bersama Masyarakat Wilayah KETENGAH. Program ini adalah bertujuan untuk mengadakan pertemuan dan beramah mesra dengan masyarakat setempat khususnya kepimpinan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Wilayah KETENGAH. Ianya melibatkan wakil kepimpinan MPKK Wilayah KETENGAH iaitu sebanyak 89 buah MPKK. Program ini secara tidak langsung dapat memantapkan lagi ikatan perpaduan penduduk dalam Wilayah bersama agensi kerajaan, memupuk semangat kerjasama dan ikatan yang kuat di antara masyarakat dan agensi kerajaan serta semangat keprihatinan terhadap permasalahan masyarakat bagi tujuan pembangunan yang holistik.  Majlis ini bermula di Dewan Orang Ramai Bandar Seri Bandi (Daerah Kemaman) dan hari berikutnya di Dewan Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau (Daerah Dungun) yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad, Pengerusi KETENGAH. Program ini juga melibatkan kehadiran beberapa orang Ahli Jemaah Lembaga KETENGAH, Pengurusan KETENGAH dan juga pegawai kanan KETENGAH. Penglibatan secara bersama adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada masyarakat Wilayah KETENGAH untuk berkongsi pandangan dan idea baru serta mengutarakan permasalahan di peringkat kampung khususnya dalam penyediaan rangka perancangan KETENGAH 2020 hingga 2030. 

placeholder
Tawaran Penyertaan Projek Tanaman Cendawan
Perbarisan Hari Kemerdekaan

Artikel Lain