Program Vaksinasi Wilayah KETENGAH

17 Julai 2021- Bandar Bukit Besi, DungunKETENGAH menjalankan program pendaftaran vaksinasi bermula 19 Jun 2021 bagi menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di mana ini merupakan strategi bagi memastikan penduduk Wilayah KETENGAH di 3 daerah (Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman) berdaftar segera seterusnya menerima vaksin.

Sehingga 11 Julai 2021, sejumlah 51953 orang penduduk (77.54%) daripada 70000 orang penduduk yang layak berdaftar telah berjaya didaftarkan.Daripada jumlah tersebut, 10700 orang telah mendapat vaksin di 8 PPV Outreach yang telah diwujudkan di Wilayah KETENGAH. YB Senator Datuk Razali bin Idris Pengerusi KETENGAH bersama-sama YM Tengku Ahmad Nazdri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH telah mengadakan lawatan ke PPV di SMK Bukit Besi. Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

source01

KETENGAH Ambik Cakna
Seramai 500 orang terima vaksin di PPV, Tasik Kenyir

Artikel Lain