Projek PROSPEK Meningkatkan Ekonomi Penduduk

Pada 8 Julai 2019 (Isnin) telah berlangsung satu Majlis Pelepasan Benih Ikan dan Penyampaian Bekalan Peralatan Kolam Ikan bertempat di kolam ikan kampung Pasir Raja, Hulu Dungun Terengganu. Ianya merupakan salah satu Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi kampung (PROSPEK) Wilayah KETENGAH. Projek PROSPEK merupakan hasrat dasar pembangunan luar bandar iaitu meningkatkan kesejahteraan luar bandar dengan mengambilkira teras ekonomi, keusahawanan, prasarana, perumahan, pelancongan dan alam sekitar. Projek ini merupakan program yang baru diwujudkan oleh pihak kementerian pada awal tahun ini bagi mengenalpasti kampung-kampung yang memiliki sumber ekonomi untuk diperkasakan. Pada majlis ini seramai 20 orang peserta kolam telah menerima bantuan benih ikan dan peralatan (tong ikan dan jaring sangkar). Bantuan ini melibatkan 6 buah kampung iaitu Kampung Pasir Raja, Kampung Shukur, Kampung Jongok Batu, Kampung Kuala Jengai, Kampung Minda dan Kampung Talong. YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH telah menyampaikan bantuan tersebut kepada peserta terbabit. Beliau kemudiannya melawat rumah-rumah penduduk kampung untuk dibaiki, jalan-jalan kampung yang perlu dibaikpulih dan dinaiktaraf serta mengenalpasti kawasan kampung yang mempunyai potensi kawasan tarikan pelancongan. 

Pelepasan Benih Ikan

Selamat bersara buat Encik Wan Azam bin Wan Endut
placeholder
Pertandingan Fotografi & Videografi Ketengah

Artikel Lain