Tanggungjawab membangunkan masyarakat kampung adalah sebahagian daripada agenda pembangunan dan kewujudan KETENGAH. Lantaran itu, Pengurus Besar KETENGAH yang baru dilantik Tuan Haji Omar bin Ismail meneruskan perjuangan KETENGAH dengan mangadakan lawatan ke Kampung Pasir Raja Dungun Terengganu. Beliau mendirikan solat jumaat bersama penduduk kampung dan mengambil peluang untuk beramah mesra dengan mereka.
“Kita semua mesti bersatu padu dan dalam satu barisan bagi memastikan pembangunan kampung ini dapat dilaksanakan. Tanpa perpaduan dan kesepakatan diantara kita, tidak mungkin pembangunan dan agenda kerajaan dapat dirialisasikan”, katanya ketika berucap sempena kunjungan tersebut. Hadir sama pada lawatan tersebut Pengurus-Pengurus Bahagian KETENGAH.