Road Tour DPLB

Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 yang telah dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia pada 27 Jun 2019. Sehubungan dengan itu, sebagai pencerahan dan pemahaman terhadap dasar tersebut kepada pegawai dan kakitangan KETENGAH serta anak-anak syarikat, satu majlis Road Tour DPLB telah dijalankan bertempat di Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Turut dijemput pegawai dari pejabat MARA, KEMAS, Pejabat Cawangan KPLB Negeri Terengganu dan Pegawai Daerah Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu. 

Dasar ini menyediakan kerangka hala tuju pembangunan luar bandar ke arah menuju negara maju dan berpendapatan tinggi berteraskan tiga prinsip utama. Tiga prinsip tersebut adalah kemampanan, inklusif dan holistik yang masing-masing merangkumi asas kelangsungan kesejahteraan hidup, keseimbangan dan pelbagai dimensi berpandukan 10 teras. Penerangan tentang dasar tersebut telah disampaikan oleh Cik Nazlinda Zamani, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik Dasar 1, KPLB. Hadir sama pada majlis tersebut YBhg. Encik Hamidi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik KPLB. Majlis dimulai dengan nyayian lagu Negaraku lagu Perkhidmatan Awam, bacaan doa dan diikuti ucapan dari Pengurus Besar serta ucapan dari YBhg. Encik Hamidi bin Zakaria.

placeholder
KETENGAH Ke Arah EKSA
Program Gotong Royong

Artikel Lain